Sunday, February 13, 2011



Few days dah tak jumpa kembar 6, rindu pulak :(


till then;love you&&you

Ain't giving you a damn if you read this.

dear sweet stalker.

bukan aku yang minta kau singgah,
lebih suka aku jika kau langsung tak ambil pusing.
tapi Allah dah takdirkan kau ter'click' juga dekat url aku,
apa lagi yang aku boleh lakukan?
jadi, jika ada entry aku yang menusuk kalbu kau,
dan betul-betul tershoot  kat kepala dan mata empat kau,
telan dan terus telan sahaja lah yang aku boleh usulkan.
semua orang pun tahu,
ini blog aku dan aku punya hak sepenuhnya,
tolonglah.
mungkin kau rasa tanggungjawab kau untuk betulkan kesalahan yang aku coretkan,
aku terima itu,
kalau betul salah aku, 
sepuluh jari ni aku hadapkan untuk mohon maaf dari kau,
tapi beragak lah,
kalau benang yang basah pun kau nak tegakkan, 
takkan aku masih perlu duduk dan berdiam diri?
jangan berbicara tentang kebenaran, kalau asalnya kau yang empunya salah. 
sudah lah. 
apa guna aku berbicara panjang lebar,
kalau kau masih insan yang sama yang aku kenal bertahun dulu?
cukuplah.
aku sudah jenuh dan terlalu muak dengan kau.
pergilah.
melangkah jauh. 
jauh dari aku.

okay rchot dah mengarut. bye.

Thursday, February 10, 2011

nukilan untuk FA dan kekasih hatinya

alhamdulillah. syukur. I've done 'something' yang sangat besar. And aku tak expect aku boleh kuat macam tu. 


dan kepada kau FA bukan nama sebenar, kau sangatlah beruntung aku tak buat apa yang kau buat dekat aku dulu. how I wish kau buat benda yang sama 1 year ago, so that aku boleh fix things and safe the relationship yang aku dah bina bertahun tu. tapi kenapa kau langsung tak nak faham perasaan aku,seorang perempuan yang sama macam kau at that point of time? but it's okay. aku redha dan aku yakin, Allah plans something better for us. And I hope you'll never do that again to other women. you have choices, baby girl. so sit and think about others.

dan kepada kau the-x, aku bukan Raja Nadhirah yang dahulu. aku tahu dimana berdirinya aku. bila aku jentik, bukan setakat tsunami, taufan katerina pun boleh melanda.  Tapi, aku takkan jadi selfish untuk ruin your relationship with her. prinsip yang mudah,                     
Apa bezanya aku dengan dia kalau aku jentik hubungan kau sekarang ini?


kannnnn? ;)


we used to be like this




but now, relationship kami hanya atas dasar childhood friends





sekian. 
aman.

till then;love you&&you
Farhana Bont; Love is somehow about making choices. Its either choosing pain for others happiness or choosing happiness and let others be in pain. - RT
lapar. hungry. faim. hungrig. Bhūkhā. È.  fame. Ueta. golodnyĭ. hambre.

almost complete

almost complete. semua dah ada blog. yang belum bila lagi?
mood: excited

                                        rchot tick
                                        elynne tick
                                        kayla tick
                                        dot tick
                                        najah tick
                                        lele tick 
                                        syiqoq tick
                                        bayah


till then;love you&&you

from India with ♥


M.A.L.A.Y.S.I.A. itulah post status facebook pertama cik Farah Arbaiyah bila dia touch down di Malaysia. tak ke kelam-kabut kitorang yang kawan-kawan ni. out of nowhere, elok duduk dekat India pejam celik dah sampai Malaysia. itulah dia perangai si bayah ni. bukan nak inform awal-awal. haishhhhh! kitorang tak dapat nak plan apa pun untuk si tuan empunya 'chombi' ni. dapat lah bawak dia pusing shah alam yang tak seberapa ni since aku pun busy dengan class. konon busy. skip lagi adalah. hihihiihi. okay. tak larat nak yada dah. tengok je lah lakaran kat bawah ni ye senah dan seman. GN.




kan best if boleh petik jodoh macam petik daun ;)



bakal doctor sakit puan. bakal lawyer. bakal financial advisor.

















cameraman dan kekasih hati ♥


 BR hasil belanja dari dua minah scolar ni



 Gaya dua minah tak ditaja melahap 









muka aku tak payah nak macam mak menti sangat


till then;love you&& you



Wednesday, February 2, 2011

transformasi dari kurus kepada gebu

time-time macam ni orang sibuk jogging.aku yang gems atau lebih manis dipanggil gebu ni pulak sibuk mengupdate blog. lepas tu sibuk nak complain dekat elynne aku ni gemok lah, ada mc chicken supreme lah takpun yada yada lah ikut sedap gigi besi aku nak cakap apa. nasib baik lah dapat kawan penyabar macam tu, layankan je bebelan aku even kadang-kadang tu terdengar jugak lah dengusan malas nak layan dia tu. okay. cerita pasal jogging apa benda ni suma, meh sini meh, akak cerita kisah akak time slim melim dulu. derr. wa time 5 6 tahun lepas slim melim derr. 3 tahun lepas pun boleh dikira kurus lah lagi. runner lah katakan. mesti ada muka yang rasa nak terjun lombong bila tengok word runner tu.weyy. betullah. tak tipu lahh hoii. tunggu lah wa tunjuk bukti kat youalls. fine! tak kiralah korang nak percaya ke tidak, ikut suka hang pa lah. issuenya disini, macam mana raja nadhirah boleh gemok/gebu? haaa. meh sini. ceq nak habaq. 

sebab pertama adalah kerana kealpaanku  dilamun cinta. eeee. mengadalah nak cinta menta ni. walhal cinta monyet je pun.  A bukan nama sebenar, ex-bf aku adalah seorang hamba Allah yang sangat keding. nak kata semua food dia aku yang habiskan tak jugak. dia habiskan adalah. mungkin sebab limpahan kasih sayang yang diberikan tu membuatkan aku senang hati lalu membalun semua nasi di kantin semashur tu tanpa kira waktu. pagi petang malam, tak tinggal tengah malam juga. tambahan lagi, umi dengan ayah bukan main suap aku dengan deretan favourite foods aku. sotong kangkung lah, tauhu bakar lah, nasi lemak sana sini lah, mangaaaiiii.sumpah terliur. bukan takat tu, orang masuk uni nak dapat dip, aku sibuk pergi explore melaka tu makan apa yang best. nak pulak dapat konco-konco kaki makan pulak macam si lynna atah ciken amal tu. hmmm. apa lagi derr. sorry to say lah. tup tup dah cecah 50 kilo dah dari sedap sedap 46 kilo tu. itu satu cerita. ini al-kisah kedua.

since masuk degree pulak, aku gain weight lagi. ish ish ish. sesak nafas jap bila ingat balik. first rumah aku as a degree student dekat section 7, pusat komersial tu yang diberi nama #wakaka. bawah #wakaka tu terletaknya mamak ihsana. apa lagi rutin harian? tak roti telur dengan milo ais, mesti nasi putih dengan ayam kuah hitam. heaven kannn? nak lagi heaven? bukannya berjalan turun beli, siap call ane tu order. 24/7 service beb. memang tak payah nak berangan lah nak dapat berat 50 kilo dah. mestilah dah jadi 50 ++. aiseyyyy. 

but now, aku memang nak sangat kurus. first reason aku nak kurus, mestilah sebab nak cantik. nak fit in banyak baju kann. nak jadi macam hana tajima. okay perahsantan.
second reason adalah disebabkan lutut aku selalu sakit. tak payah nak cari alasan dah. mestilah sebab kaki aku yang kecik ni tak dapat nak tampung berat aku yang dah berpuluh kilo ni. ya allah. sumpah sakit. koyok tu dah  jadi macam part time lover dah, malam je aku cari koyok.

since dah move in #playboymansion and tinggalkan #wakaka, dah takda ihsana dah. nak makan kena masak takpun jalan sikit pergi cari makan. but it's okay lah kan. at least aku berjalan. takda lah duduk makan besar kan badan je. adalah sekali dua tu aku, amal and lyna pergi class naik bus. excited woo naik bus pegi fac. best kot. bus laju. semua kereta dia sailang, cepat sampai. hurm. adalah aku exercise sekali dua, ikut si put tu jog takpun main badminton dengan the girls. not bad kan? tapi tak turun-turun jugak berat aku ni. so now, aku tengah ketepikan segala produk tenusu kegemaran aku. ohh lupa. salah satu sebab aku gems, mestilh susu punya kerja. semua jenis susu, semua aku bantai. sampai boleh buka puasa. teruk okay.

haraplah dapat lose weight sikit. tak larat dah nak bebel and pening fikir. okay. dah boleh stop. mandi and solat. terima kasih lah senah dan seman sebab sudi baca alkisah transformasi den ni. lain kali singgah lagi. bye. 







ribuan terima kasih kepada encik koyok kerana sudi jadi part-time lover.cubalah. hanya RM 4.30 sahaja. 
cepat, mudah dan melegakan.



till then lovies;love you&&you.

kami kawan dari hingusan






kerinduan kepada mereka dan tahap kegilaan mereka. kalaulah boleh diundurkan masa.  :'(

Sepi. Apa ertinya. Dear God.








tiga lagu ni yang asyik aku repeat dekat playlist aku tengah pagi buta ni. malam yang sayu dan sangat sunyi.  Ya Allah. tabahkan hati ku Ya Allah. selamat malam anda semua. God bless us.

till then lovies;love you&&you.