Thursday, February 10, 2011

lapar. hungry. faim. hungrig. Bhūkhā. È.  fame. Ueta. golodnyĭ. hambre.

almost complete

almost complete. semua dah ada blog. yang belum bila lagi?
mood: excited

                                        rchot tick
                                        elynne tick
                                        kayla tick
                                        dot tick
                                        najah tick
                                        lele tick 
                                        syiqoq tick
                                        bayah


till then;love you&&you

from India with ♥


M.A.L.A.Y.S.I.A. itulah post status facebook pertama cik Farah Arbaiyah bila dia touch down di Malaysia. tak ke kelam-kabut kitorang yang kawan-kawan ni. out of nowhere, elok duduk dekat India pejam celik dah sampai Malaysia. itulah dia perangai si bayah ni. bukan nak inform awal-awal. haishhhhh! kitorang tak dapat nak plan apa pun untuk si tuan empunya 'chombi' ni. dapat lah bawak dia pusing shah alam yang tak seberapa ni since aku pun busy dengan class. konon busy. skip lagi adalah. hihihiihi. okay. tak larat nak yada dah. tengok je lah lakaran kat bawah ni ye senah dan seman. GN.




kan best if boleh petik jodoh macam petik daun ;)



bakal doctor sakit puan. bakal lawyer. bakal financial advisor.

















cameraman dan kekasih hati ♥


 BR hasil belanja dari dua minah scolar ni



 Gaya dua minah tak ditaja melahap 









muka aku tak payah nak macam mak menti sangat


till then;love you&& you



Wednesday, February 2, 2011

transformasi dari kurus kepada gebu

time-time macam ni orang sibuk jogging.aku yang gems atau lebih manis dipanggil gebu ni pulak sibuk mengupdate blog. lepas tu sibuk nak complain dekat elynne aku ni gemok lah, ada mc chicken supreme lah takpun yada yada lah ikut sedap gigi besi aku nak cakap apa. nasib baik lah dapat kawan penyabar macam tu, layankan je bebelan aku even kadang-kadang tu terdengar jugak lah dengusan malas nak layan dia tu. okay. cerita pasal jogging apa benda ni suma, meh sini meh, akak cerita kisah akak time slim melim dulu. derr. wa time 5 6 tahun lepas slim melim derr. 3 tahun lepas pun boleh dikira kurus lah lagi. runner lah katakan. mesti ada muka yang rasa nak terjun lombong bila tengok word runner tu.weyy. betullah. tak tipu lahh hoii. tunggu lah wa tunjuk bukti kat youalls. fine! tak kiralah korang nak percaya ke tidak, ikut suka hang pa lah. issuenya disini, macam mana raja nadhirah boleh gemok/gebu? haaa. meh sini. ceq nak habaq. 

sebab pertama adalah kerana kealpaanku  dilamun cinta. eeee. mengadalah nak cinta menta ni. walhal cinta monyet je pun.  A bukan nama sebenar, ex-bf aku adalah seorang hamba Allah yang sangat keding. nak kata semua food dia aku yang habiskan tak jugak. dia habiskan adalah. mungkin sebab limpahan kasih sayang yang diberikan tu membuatkan aku senang hati lalu membalun semua nasi di kantin semashur tu tanpa kira waktu. pagi petang malam, tak tinggal tengah malam juga. tambahan lagi, umi dengan ayah bukan main suap aku dengan deretan favourite foods aku. sotong kangkung lah, tauhu bakar lah, nasi lemak sana sini lah, mangaaaiiii.sumpah terliur. bukan takat tu, orang masuk uni nak dapat dip, aku sibuk pergi explore melaka tu makan apa yang best. nak pulak dapat konco-konco kaki makan pulak macam si lynna atah ciken amal tu. hmmm. apa lagi derr. sorry to say lah. tup tup dah cecah 50 kilo dah dari sedap sedap 46 kilo tu. itu satu cerita. ini al-kisah kedua.

since masuk degree pulak, aku gain weight lagi. ish ish ish. sesak nafas jap bila ingat balik. first rumah aku as a degree student dekat section 7, pusat komersial tu yang diberi nama #wakaka. bawah #wakaka tu terletaknya mamak ihsana. apa lagi rutin harian? tak roti telur dengan milo ais, mesti nasi putih dengan ayam kuah hitam. heaven kannn? nak lagi heaven? bukannya berjalan turun beli, siap call ane tu order. 24/7 service beb. memang tak payah nak berangan lah nak dapat berat 50 kilo dah. mestilah dah jadi 50 ++. aiseyyyy. 

but now, aku memang nak sangat kurus. first reason aku nak kurus, mestilah sebab nak cantik. nak fit in banyak baju kann. nak jadi macam hana tajima. okay perahsantan.
second reason adalah disebabkan lutut aku selalu sakit. tak payah nak cari alasan dah. mestilah sebab kaki aku yang kecik ni tak dapat nak tampung berat aku yang dah berpuluh kilo ni. ya allah. sumpah sakit. koyok tu dah  jadi macam part time lover dah, malam je aku cari koyok.

since dah move in #playboymansion and tinggalkan #wakaka, dah takda ihsana dah. nak makan kena masak takpun jalan sikit pergi cari makan. but it's okay lah kan. at least aku berjalan. takda lah duduk makan besar kan badan je. adalah sekali dua tu aku, amal and lyna pergi class naik bus. excited woo naik bus pegi fac. best kot. bus laju. semua kereta dia sailang, cepat sampai. hurm. adalah aku exercise sekali dua, ikut si put tu jog takpun main badminton dengan the girls. not bad kan? tapi tak turun-turun jugak berat aku ni. so now, aku tengah ketepikan segala produk tenusu kegemaran aku. ohh lupa. salah satu sebab aku gems, mestilh susu punya kerja. semua jenis susu, semua aku bantai. sampai boleh buka puasa. teruk okay.

haraplah dapat lose weight sikit. tak larat dah nak bebel and pening fikir. okay. dah boleh stop. mandi and solat. terima kasih lah senah dan seman sebab sudi baca alkisah transformasi den ni. lain kali singgah lagi. bye. 







ribuan terima kasih kepada encik koyok kerana sudi jadi part-time lover.cubalah. hanya RM 4.30 sahaja. 
cepat, mudah dan melegakan.



till then lovies;love you&&you.

kami kawan dari hingusan






kerinduan kepada mereka dan tahap kegilaan mereka. kalaulah boleh diundurkan masa.  :'(

Sepi. Apa ertinya. Dear God.








tiga lagu ni yang asyik aku repeat dekat playlist aku tengah pagi buta ni. malam yang sayu dan sangat sunyi.  Ya Allah. tabahkan hati ku Ya Allah. selamat malam anda semua. God bless us.

till then lovies;love you&&you.

Thursday, January 27, 2011

just press and feel it. :B

Dah bosan sangat nak dengar lecturer bedah kat depan class, apa yang korang buat untuk kill time? selain pada melukis sambil bergossip pass post-it dekat lynna and amal, ada benda baru yang aku buat. haaaa. nah. taraaaaaaaaa!



















mari picit-picit sticker gebu! easy and fun! just press youalls. alaaah.maybe korang tak faham  apa benda yang aku rasa best sangat picit benda ni, tapi serious. korang try lahhh. sumpah best tak tahu nak cakap mcm mana. dah lah color-color sticker ni meransang minda untuk jadi lebih creative. kan ada advantage nye tuh main picit-picit sticker. bukan stakat picit sticker, giraffe kuning tu pun best picit. plus dia boleh pusing-pusing kepala 360 degrees. giraffe tu penjaga LIGHTNING lah. hak milik put si keding. so aku tak boleh nak bawak balik #playboymansion. boleh picit dia bila naik LIGHTNING je. dah boleh beli satu dah giraffe tu letak kat rumah. okay people. mari beradu. hope aku bangun pegi class IFM esok. night. 


p/s:thank you jendul sebab ikutkan je aku suruh kau pegang sticker tu. jangan risau. madam ME tu tak nampak punyaaaa. ilapyoulynna.

Wednesday, January 26, 2011

excited.sedih.stress.

weyyyy.stress excited sedih semua ada.macam-macam strategy dah ada dalam kepala otak aku ni.


reason kenapa excited: aku dah jumpa satu blog yang sangat style dimana cara berpakaiannya sangat mengikut tahap kependekan aku dan berhijab ni!


reason kenapa sedih:dah start kena exercise and buang semua koko krunch, koleksi susu dan boost aku kat dalam tong sampah. ni sumpah dugaan dasyat punya.kalau tak exercise tak dapat lah jack aku nak pakai macam dia.


reason kenapa stress:banyak fulus yang harus di keluarkan dan banyak masa yang perlu dibazirkan untuk membeli keperluan from head to toe yeeee.terima kasih kepada encik internet kerana menjumpakan aku dengan blog dia ni.eeeeeeeee.stress aku!


boleh tak nak mintak satu benda? 


tukarkan daun jadi duit puhhhleeeaseeee!!!



selamat tinggal susu kesayangan.



kepada boost juga.bye bye bete.



yang ini punnnn. :'(


strategies to raise fund: cuci toilet, cuci kereta ayah, masak kat rumah, basuh dan lipat baju and claim duit dekat encik ramlan.okay bye.


p/s: kepada gadis gadis #playboymansion dah boleh habiskan dah semua stock stock aku kat dlm fridge tu.sekian.


till then lovies;love you&&you.



Wednesday, January 19, 2011

gadis sunti di playboy mansion

E

L


P

A

N

EL


Inilah deretan gadis playboy mansion. they pretty and kepochi.mereka juga menunggang terbalikkan seharian saya. I just them.

till then lovies;love you&&you.

youalls ada placebo we all ada putnebo

sudah 19 hari ditahun baru, semester baru, rumah baru but untill now aku belum yada yada tentang mereka yang baru disekeliling aku. okay jom start dengan cerita kembar 6. ada 3 teruna baru muncul dalam kehidupan aku lyna and amal since degree ni. so tambah dengan kitorang 3 jadi lah kembar 6. bukan nak kata apa lah, mamat 3 ekor ni takda lah good good mana,hihihihi, tapi yang peliknya diorang layankan je kitorang bertiga ni. ikut je mana kitorang ni pergi tak kisah lah yang baik mahupun yang buruk. orang pergi class dia pergi class, orang skip class pun dia skip class. padahal masing-masing dah siap tunggu depan gate dah. haishhh! pendek kata diorang ni boleh tahan bedah jugak. penat nak handle lah diorang ni. penat gelak! so, mari lihat teruna-teruna bedah ni.



teruna pertama:

nama manja: put
ciri-ciri:
  • keding.
  • handsome lah kata orang.
  • suka makan.
  • boleh jog jauh sampai buat aku gerun.
  • sangat obsess dengan kurus.
kebolehan:
  • nyanyi dengan pelbagai jenis suara, selalunya sumbang.
  • psycho orang sampai chuak.
sumbangan:
  • angkut kitorang pegi class and drive thru ice cream naik LIGHTNING.


teruna kedua:


nama manja:kune
ciri-ciri:
  • tak keding tak tembam.complicated sikit dia ni.
  • dia tak penah tolak food lah tapi.
  • boleh jadi lecturer everytime nak exam.
  • co-pilot kepada LIGHTNING dan MAYHEM.
kebolehan:
  • sakat tipu orang sambil gelak-gelak.
  • punca si kembar 6 tertawa.
sumbangan:
  • pelbagai cara.

teruna ketiga:


nama manja:rambo
ciri-ciri:
  • kaki gym.
  • paling kurang makan.
  • diam diam ubi berisi.mulut pedas.
  • into GT things.
kebolehan:
  • belum dikenal pasti.
sumbangan:
  • back up angkut kitorang pegi class naik MAYHEM kalau LIGHTNING takda.
  • tolong kitorang gegar NAGASARI kalau put dengan kune tak bangun.

nahh. tu lah teruna-teruna sewel yang boleh tahan bedah. mereka muda, kacak lagi macho. konon. anyone? 

p/s:statement tu selingan semata. mereka bertiga sudah berpunya. cinta hati mereka manis-manis belaka.harap maklum.sekian terima kasih.


tll then lovies;love you && you